2 AYAT DALAM AL-QUR'AN YANG MEMPUNYAI SEGUDANG KHASIAT
Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah ” At-Taubah ” (Taubat) kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golongan yang telah bertaubat dari perbuatan mereka yang salah lalu Allah menerima taubat mereka dan mengampunkannya.
Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia akan di beri kemudahan dalam urusan dunia dan akhirat.
Jika dibaca pada pagi, ia akan di selamatkan dari acaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, akan menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.Ayat ini juga akan menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Orang yg mengamalkan ayat ini insyAlloh tidak akan di mat!kan pada hari itu ketika ia membaca nya.
Apabila sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya.
Keistimewaan dua ayat akhir dari Surah At-Taubah ( juga dinamakan Ayatul Hisni ) sebagai berikut :
Barang siapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari Surah Al-Baraa’ah sebanyak 7x sesudah sholat fardhu maka:
1– Jika dia seorang yang lemah maka akan menjadi kuat.
2– Jika dia seorang yang hina maka akan menjadi seorang yang mulia.
3– Jika dia seorang yang kalah maka akan segera mendpt pertolongan.
4– Jika dia seorang yang berkesempitan maka akan mendpt kelapangan.
5– Jika dia seorang yang berhutang maka akan segera dpt membayar.
6– Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan maka akan hilang kesusahannya.
7– Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan maka akan segera mendpt lapangan kehidupan.
8_Barang siapa membacanya pada hari siangnya atau pada waktu malamnya maka hal itu sebagai suatu petanda bahwa dia tidak akan mati pada saat itu. Menurut riwayat lain; dia tidak akan dilukai seseorang dengan alat-alat yang berasal dari besi.
Sebahagian ‘ulama ‘menyebut tentang keistimewaan dua ayat ini bahwa ada salah seorang yang telah mengamalkannya ketika dalam keadaan sakitnya yang sudah kritis. Ketika itu dia sudah diperkirakan berumur 71 tahun. Dengan berkah membaca dua ayat tersebut, dia masih dapat menikmati umurnya sehingga mencapai usia 120 tahun.
Dalam versi yang lain ada mengatakan bahwa barang siapa mengamalkan ayatul Hisni, ia tidak akan bertemu maut pada hari itu kecuali kalau telah datang kitab mubram ia akan terlupa membacanya dan tidak akan memberi bekas kpadanya sesuatu baharu. Cara mengamalkannya bacakan 7x di masa pagi.
Ini dua ayat akhir surat At-Taubah tsb :
LAQOD JA’AKUM ROSUULUM MIN ANFUSIKUM ‘AZIIZUN ‘ALAIHI MAA’ANITTUM HARIISHUN ‘ALAIKUM BIL MU’MINIINA RO’UUFUR ROHIIM. (Surah At-Taubah :128)
FA IN TAWALLAU FAQUL HASBIYALLAAHU LAA ILAAHA ILLAA HUWA, ‘ALAIHI TAWAKKALTU WA HUWA ROBBUL ‘ARSYIL ‘AZHIIM (Surah At-Taubah :129)
Artinya :
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (yaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat dermawan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar “.
Amalan ini biasa juga dinamai Do’a Harimau. Khadamnya ada 7 dan apabila di terawang dengan mata bathin, si pengamal dikawal oleh 7 harimau dan jasadnya diselimuti oleh tujuh lapis dinding api. Amalan ini multi function & multi purpose. Cara mengamalnya, baca surah At-Taubah ayat 128 -129 sebanyak 7x kemudian lanjutkan dengan membaca Surah At-Taubah ayat 129 sebanyak 7x pada setiap seusai sholad fardhu terutamanya sesudah sholat fardhu Subuh dan sholat fardhu Maghrib.
Wallahu a'lam,
Semoga bermanfaat




No comments